Header Ads

Vivo bekerjasama dengan Kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan Malaysia 2018


Perhatian kepada semua pemain PUBG Mobile. Kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan Malaysia (PMNC) 2018 bakal dilangsungkan tak lama lagi! Dan, Vivo telah bekerjasama dengan PMNC untuk membawakan kejohanan bertemakan ‘Squad Up’ ni kepada kamu.

Jika korang adalah pakar bermain PUBG Mobile, tunggu apa lagi? Bentuk pasukan anda sekarang dan raih gelaran ‘Juara  PMNC’ dan mewakili Malaysia. Bukan itu saja ganjaran kamu, hadiah lumayan sebanyak RM60,000 sedang menanti kamu.

Pendaftaran untuk kejohanan sudahpun dibuka di mana terdapat lima peringkat saringan bakal diadakan di empat lokasi (Johor, Sabar, Sarawak dan Kuala Lumpur). Walaupun pendaftaran baru saja dibuka untuk empat hari, PMNC menerima sambutan hangat. Terdapat lebih 150 pasukan telah mendaftar dengan jumlah peserta melebihi 600 peserta!

4 pasukan terhebat daripada setiap peringkat saringan ini kemudiannya akan bertemu untuk perlawanan akhir di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2019 kelak, sekaligus berlawan untuk merebut hadiah utamanya.


Berikut merupakan butiran peringkat saringan dan perlawanan akhir untuk PMNC 2018:

Saringan 1 : 22 Disember 2018, Paradigm Mall JB, Johor
Saringan 2 : 25 Disember 2018, Kompleks Karamunsing, Sabah
Saringan 3 : 6 Januari 2019, Emart Batu Kawa, Sarawak
Saringan 4 : 12 Januari 2019, Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
Saringan 5 : 13 Januari 2019, Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
Perlawanan Akhir : 26 Januari 2019, Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur

Pendaftaran boleh dibuat di http://www.pubgmobile.com/MY/PMNC/

Sila ambil perhatian bahawa disebabkan keadaan tidak diingini, lokasi untuk peringkat saringan di Johor telah ditukar ke Level 2, Paradigm Mall Johor Bahru.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai PMNC, sila layari laman web rasmi Kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan Malaysia 2018 dan Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

#vivoMalaysia #vivoMY #vivoV11 #vivoXPUBG#PUBGMalaysiaNationalChampionship


No comments

Powered by Blogger.
a