Header Ads

'Fasha sangat gembira majlis kahwin nanti konsep kampung' - Aidil Aziz


Pelakon Fasha Sandha bakal melangsungkan perkahwinannya dengan pelakon Aidil Aziz pada akhir Mac depan. Namun, Aidil mengakui yang dia tidak akan mengadakan majlis persandingan besar-besaran bagi meraikan perkahwinannya bersama Fasha Sandha.

Artikel berkaitan : Sedondon bertemakan Lavendar Purple! Ini gambar sekitar Majlis Pertunangan Fasha Sandha & Aidil Aziz

Mereka berdua sepakat untuk melangsungkan perkahwinan berkonsepkan kampung pada majlis bertandang di sebelah rumah lelaki di Rembau, Negeri Sembilan.

Menurut mstar, Aidil atau nama penuhnya Mohd Aidil Abdul Aziz,32 berkata  majlis kenduri di sebelahnya ala tradisional bagi meraikan semua tetamu. Dia mengakui Fasha sukakan konsep dan suasana kampung dan dia sangat gembira bertemakan majlis ala kampung.



Tarikh sebenar majlis perkahwinan belum diberitahu oleh kedua-dua pasangan ini dan pasangan ini telah bertunang dalam sebuah majlis tertutup pada 18 November 2018 yang lalu.

Artikel berkaitan : Fasha Sandha selamat menjadi tunang Aidil Aziz 

Persiapan untuk dirinya biasanya sahaja dan masih dalam proses. Bakal suami Fasha itu juga mengatakan dia hanya menumpukan tetamu termasuklah dalam kalangan ahli keluarga besarnya nanti.

Aidil juga merasakan debaran seperti orang lain yang bakal berkahwin.

Sumber : mstar




No comments

Powered by Blogger.
a