Header Ads

(VIDEO) Mengerikan! Ribut Siklon Menyerang Pelantar Minyak Di Terengganu, Ombak Setinggi 6 Meter



Baru-baru ni, beberapa kawasan di pantai Terengganu dan Kelantan dilaporkan terkena tempias ribut tropika Pabuk sehingga mengakibatkan deruan angin kuat hampir 50 km sejam.
Kalau tak berada di tempat kejadian mungkin kita tak tahu betapa teruknya situasi ribut siklon Pabuk yang terjadi kelmarin. Namun menerusi video yang viral di Facebook, saksi daripada mereka yang bekerja kat pelantar minyak record situasi mengerikan kat laut. 
"Ribut Siklon dah sampai ke perairan Terengganu. Angin di tengah laut sekarang melebihi 60 km/j dan ombak setinggi 6 meter. Doakan semuanya selamat. Laporan dari pelantar minyak.”
Lihat video di bawah yang sangat mengerikan.


















“Semoga terhindar daripada perkara tak diingini…” 
Menurut posting yang viral itu, ribut siklon Pabuk ni sudah sampai ke perairan Terengganu dengan ombak setinggi 6 meter. Rakan-rakan offshoreyang bertugas di pelantar minyak jugak nampaknya terpaksa menghadapi situasi bahaya dan meminta supaya ramai-ramai doakan keadaan mereka di sana.



Lakukan Solat Hajat 

Menurut sinar harian, penduduk di kelantan disaran untuk melakukan solat hajat bagi memohon doa agar penduduk di Malaysia khususnya di Kelantan, tidak ditimpa bencana berikutan ribut Siklon Tropika yang dikatakan melanda negeri itu.

Penduduk juga dinasihatkan agar mengehadkan aktiviti di pantai dan memastikan keselamatan diri dan keluarga.

Sumber : Facebook, YouTube, Instagram, Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.
a