Header Ads

Gagal beri 'air panas' untuk teh dan kopi kepada penumpang, pesawat terpaksa mendarat cemas



Pesawat yang baik adalah pesawat yang memberikan kemudahan lengkap kepada penumpang. Paling penting sekali adalah makanan dan minuman. Ada yang menyukai minuman panas dan ada yang menggemari minuman sejuk. Lain pula ceritanya kali ini sebuah pesawat gagal memberikan kemudahan air panas untuk membuat air kopi dan teh kepada penumpang.


Penumpang yang mahu ke Tenerife, Sepanyol tidak percaya penerbangan mereka dilencongkan ke Manchester, United Kingdom, gara-gara tiada air panas di dalam pesawat untuk minuman teh dan kopi.


Sistem paip bermasalah

Penerbangan Jet2 berlepas dari Glasgow, Scotland pada pagi Ahad tetapi terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Manchester apabila mengesan sistem paip di dalam pesawat itu bermasalah.

Ketika itu, pesawat tersebut berada di ruang udara Ireland.


Penumpang mengamuk

Rungutan dari penumpang dan respon dari pihak pesawat



Sophie-Clare Morrison di Twitter berkata: "Jadi pesawat @jet2tweets dari Glasgow ke Tenerife terpaksa dilencongkan dan membuat pendaratan cemas kerana mereka tidak mempunyai bekalan air untuk air panas! Tolonglah berikan alasan yang lebih baik lain kali.
Sementara itu, Colette Connolly menambah: "Belum apa-apa, percutian dah musnah. Anak-anak menangis, terima kasih!"


Permohonan maaf 

Jet2 membuat permohonan maaf berhubung isu tersebut dan para penumpang diterbangkan semula menggunakan pesawat lain sebaik ia mendarat di Manchester.

Seorang jurucakap mengesahkan penerbangan baharu ke pulau itu dan selamat mendarat.

Sumber : Metro UK

No comments

Powered by Blogger.
a