Header Ads

(VIDEO) 'Tengok pun dah rasa gayat!' 7 Roller-Coaster Paling 'Dahsyat' Di Dunia, Anda Mesti Cuba & Rasa Tahap 'Ekstrem'nya!


Taman tema ini kebanyakannya sudah mempunyai permainan roller coaster, dan bukan calang-calang orang mampu untuk hadapi permainan ekstrem ini. Sesuai untuk si kaki travel yang pergi menjelajah ke serata dunia, jika anda mengunjungi taman tema outdoor, anda mesti cuba permainan yang ada roller coaster ini.

Roller coaster mempunyai kelajuan yang dahsyat serta menyeramkan. Tak semua orang mempunyai keberanian dan kepada yang gayat memang bukan pilihannya. Salute pada sesiapa yang berani cuba dan berkeinginan untuk naik berkali-kali. 

Kalau anda rasa roller coaster di Malaysia belum cukup ekstrem, anda perlu cuba roller coaster paling 'dahsyat' di dunia berdasarkan pengalaman pelancong yang berkongsi di media sosial.


1. Kingda Ka di Six Flangs Great Adventure, New Jersey


Roller coaster yang paling tinggi, iaitu 456 kaki (139 meter) dan yang kedua terlaju di dunia. Bayangkan anda berada betul-betul di puncak permainan ini dan pandang ke bawah, memang seram sejuk dibuatnya.



2. Ultra Twister di Nagashima Spaland, Jepun


Tidak hanya laju dan tinggi, roller coaster ini juga bergerak secara berputar ketika membuat pusingan. Kalau jenis tak kental, pasti anda akan muntah selepas habis permainan.


3. Sky Scream di Holiday Park, Jerman



Kalau tonton video macam ni pun dah buat kepala rasa pening, anda berani tak nak naik roller coaster ni ? Pusingan dan lengkok 360 darjah ini adalah salah satu roller coaster ter 'seram' di dunia..


4. Takabisha di Taman Tema Fuji-Q Highland, Jepun



Antara ride yang paling curam di dunia dan korang bakal 'jatuh' pada ketinggian 121 kaki. Memang rasa macam nak tercabut jantung.


5. Zumanjaro Drop of Doom di Six Flags Great Adventures, New Jersey


Adrenalin rush yang anda bakal rasa adalah lebih kurang macam naik roller-coaster. Berkongsi landasan yang sama dengan Kingda Ka, bayangkanlah macam mana rambut atau tudung anda berterbangan. Kalau di Malaysia, permainan ini sama seperti Solero Shot yang pernah ada di Genting Highland satu masa dulu.



6. Diving Coaster di Happy Valley, Shanghai


Berkonsepkan floorless, kaki korang akan dibiarkan tergantung dan terkapai-kapai semasa menaiki ride ini. So, rasa dia memang lain macam. Dengan jatuhan curam, pastinya orang yang berani saja akan cuba roller coaster ini.



7. X-Scream di Menara Stratosphere, Las Vegas


Landasan ride ini pendek saja, tapi ia tergantung di atas sebuah menara sambil menikmati langit biru menghadap bandar Las Vegas. Lihat saja dalam video di atas, rasa macam nak terjatuh ke bawah je kan ?

Semua orang berani nak cuba tak agak-agak?

Sumber : REMAJA

No comments

Powered by Blogger.
a