Header Ads

"Melawan Kanser Di Mulut Sejak Lahir Hingga Kini Berusia 8 Bulan" - Sumbangan Dialu-Alukan Bagi Kos Rawatan & Doa Buat Adik Ainul Mardhiah


Setiap ibu bapa mengimpikan anak yang baru dilahirkan dalam keadaan sempurna dan sihat lebih-lebih lagi saat menantikan cahaya mata pertama. Namun, siapalah kita untuk penuhi kehendak hati sendiri kerana hanya Allah yang Maha berkuasa ke atas sesuatu. Dia yang memberi kesakitan dan dia jualah yang menyembuhkan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu lah pepatah apabila melihat keadaan adik Ainul Mardhiah yang tular di laman sosial kerana sedang berlawan kanser di usia 8 bulan. Allahuakbar.
Adik Ainul Mardhiah menghidap kanser 'Germ Cell Tumor' sejak berusia 10 hari selepas dilahirkan apabila terdapat ketumbuhan di dalam mulut dan sudah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tersebut di Hospital Kuala Lumpur selepas mendapat rawatan di Hospital Melaka. Dia merupakan puteri sulong buat Encik Ahmad Safiudin bin Ahmad Razak, 24 dan isterinya, Nurul Erwani Zaidi, 24.
Ahmad Sufiuddin dan Nurul Erwani bersama Ainul Mardhiah ketika ditemui di Ayer Molek, Melaka

Menurut ibunya, bayi itu dilahirkan ketika usia kandungan isterinya tujuh bulan dan Ainul Mardhiah lahir dengan keadaan sudah diserang kanser berkenaan.
Doakan semoga Ainul Mardhiah terus kuat untuk bertahan serta melawan kansernya,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, bapa kepada bayi perempuan berusia lapan bulan Ainul Mardhiah yang menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor’.
“Selepas menjalani pembedahan, dia seperti bayi lain mampu tersenyum dan kembali normal.
“Bagaimanapun pada Oktober tahun lalu, saya serta isteri dimaklumkan terdapat ketumbuhan baharu di bahagian leher anak dan kami tidak jangka keadaan menjadi sebegini,” katanya ketika ditemui di Ayer Molek, Melaka, hari ini.

Ahmad Safiuddin berkata, doktor menyarankan anaknya itu mengikuti kitaran kemoterapi Disember lalu, bagi mengelak ketumbuhan itu terus merebak.
Katanya, walaupun dua kali menjalani kemoterapi, keadaan anaknya tiada perubahan dan ketumbuhan di mulutnya terus membesar.
Bayangkan dengan saiznya kecil dan berat kira-kira 1.2 kilogram, anak kecil itu terpaksa menjalani kemoterapi. Hanya Allah SWT sahaja tahu perasaan saya saat melihat dia menanggung kesakitan itu.
“Bukan mudah untuk kami hadapi semua ini dan tempoh tiga bulan pertama amat mencabar buat saya dan keluarga,” katanya.Menurutnya, walaupun anaknya itu dalam keadaan sakit, pergerakannya tetap aktif selain berpaling dan memberi tindak balas setiap kali namanya dipanggil.
Katanya, selagi boleh berikhtiar, mereka akan cuba lakukan yang terbaik walaupun doktor ada memberitahu keputusan CT Scan mendapati ada sel kanser baharu merebak ke otak.
Selain itu, doktor memberitahu kanser pada mulutnya itu tidak boleh dibuang.

“Kami kini mencuba perubatan alternatif dengan menggunakan ubat memerlukan perbelanjaan tinggi selain kos peralatan menukar tiub pada leher dan minum susu.
“Untuk bekalan ubatnya selama tiga hari, saya memerlukan kira-kira RM1,000 dan baru-baru ini pernah terputus bekalan selama dua minggu kerana kekangan kewangan.
“Kos kelengkapan menukar tiub pada leher dan susu pula memerlukan kira-kira RM1,500 sebulan dan saya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik anak dan kami ketika ini menjual bertih jagung ‘Pop Corn Ainul Mardhiah’ untuk mendapatkan pendapatan sampingan,” katanya.
Kepada anda yang berkemampuan dan ingin menghulurkan sumbangan, anda boleh salurkan terus ke akaun bapa kepada bayi ini.
👇🏻👇🏻👇🏻 *Ahmad Safiuddin Bin Ahmad Razak* No akaun : *554110509928* Maybank
No phone : *012-2456220*
Setidaknya kita mampu membantu meringankan beban ibu dan ayahnya dari segi perubatan. Marilah kita sesama berdoa semoga anak syurga ini diberikan kekuatan melawan penyakit dan diberi kesembuhan.
Dan doakn sekali kedua ibu dan ayahnya diberikan kekuatan hadapi ujian Allah.
Sumber : Twitter Oyah , Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.
a