Header Ads

"Memalukan La Rakyat Malaysia Ni, Brek Motor Pun Nak Rembat? " - Lelaki Perancis Jelajah Dunia Dengan Motor, Sampai Malaysia Je Brek Hilang.....

Kebanyakan orang mesti ada impian untuk menjelajah dunia

Ibarat pepatah 'jauh perjalanan, luas pemandangan', apabila kita mengembara ke tempat-tempat yang asing dari kebiasaan, pasti banyak perkara yang dapat dipelajari. Lebih-lebih dari aspek kepelbagaian budaya, agama, dan bahasa, sesuatu kawasan itu.
Namun begitu, dalam melakukan pengembaraan ini, pasti akan terdapat beberapa ujian yang tidak disangka tetapi terpaksa dilalui juga, seperti yang berlaku kepada seorang lelaki ini.

Baru-baru ini tular di laman sosial apabila penjelajahan seorang lelaki Perancis mengelilingi Asia Tenggara terpaksa ditangguhkan apabila brek motosikalnya dicuri di Pulau Pinang

Perjalanan Sylvain Ratichon Ract yang pada ketika ini sedang melakukan ekpedisi kembara solo terbantut seketika disebabkan angkup atau kaliper brek motosikalnya dicuri setibanya dia di Butterworth, Pulau Pinang.

Menyedihkan lagi apabila komponen motosikal yang dicuri itu tidak boleh didapati di sekitar Malaysia menyebabkan Sylvain terpaksa membelinya dari luar negara dengan harga yang sangat mahal.

Paparan skrin luahan Sylvain di laman Facebook telah tersebar dalam laman-laman sosial lain.



Sebelum insiden ini, Sylvain telah merentasi Asia Tenggara dengan bermotosikal dan telah berkunjung ke beberapa tempat di Thailand termasuklah Taman Negara Khao Yai, Rayong, Pattaya dan Bangkok. 

Sylvain juga berkongsikan penjelajahannya menerusi laman Facebook 1 Moto 1 Planete.
Menerusi perkongsian di laman Twitter @My_CrimeWatch, rata-rata netizen meluahkan rasa dukacita mereka terhadap insiden ini


Sumber : Says.com

No comments

Powered by Blogger.
a