Header Ads

(VIDEO) Kali Kedua Fenomena 'Belalai Air' Berlaku Di Pulau Pinang, Mengejutkan Penduduk & Bangunan Musnah Disebabkan 'Amukan' Air


Semalam telah berlaku ribut 'pelik' buat kali kedua yang memberi impak besar kepada penduduk sekitar Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah, Pulau Pinang sehingga banyak rumah, kedai, perhentian bas mengalami kerosakan. Sebelum ini, pada tahun 2018, belalai air ini pernah berlaku.

Ribut pelik ini dinamakan fenomena belalai air atau puting beliung kecil yang merentasi perairan berhampiran Tanjung Tokong, Georgetown hari ini menjadi perhatian ramai.

Kejadian dirakam orang awam yang melalui kawasan itu turut tular di media sosial.

Pengarah Meteorologi Pulau Pinang, Ling Leong Kwok berkata, fenomena 2 petang itu bergerak sekurang-kurangnya 10 minit ketika hujan.

Fenomena ini adalah kejadian biasa yang mungkin disebabkan angin kencang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menyatakan turut menerima beberapa panggilan telefon daripada orang awam mengenai kejadian itu.

Belalai air adalah fenomena puting beliung kecil yang berlaku di pesisiran pantai.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini memaklumkan belalai air tidak bahaya kerana disebabkan ribut petir serta keadaan awan rendah namun berbahaya jika individu melintasinya.

Menurut laporan dari Facebook Penang kini, kejadian ribut di Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah yang berlaku tadi memberi impak yang agak besar nampaknya.

Banyak rumah dan gerai mengalami kerosakan, bumbung rumah Flat tercabut, harta benda awam rosak dan pokok tumbang. Namun tidak dapat dipastikan samada ada terdapat mangsa mengalami kecederaan.

Semoga para mangsa tabah menghadapinya.


































(VIDEO) Kejadian dirakam orang awam yang melalui kawasan itu turut tular di media sosial




Sumber : Penang Kini

No comments

Powered by Blogger.
a