Header Ads

Mat Said ! Sedia membongkar dan membantu kes 1MDB melibatkan Najib Razak



14 MEI 2018: Nampaknya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menjadi perhatian rakyat Malaysia kembali. Isu ini berbangkit semula apabila Pakatan Harapan berjanji dalam manifesto beliau akan menyiasat kembali isu 1MDB ini.

Dalam satu sidang media sebelum ini Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa beliau akan siasat kes 1MDB ini dan akan mengembalikan kembali wang rakyat.

Jadi baru-baru ini bekas Menteri Besar Terengganu dan juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad Said bersedia tampil untuk membantu siasatan terhadap 1MDB.

Beliau mengatakan bahawa Terengganu Invesment Authority (TIA) saya yang tubuhkan. Saya yang tahu perjalanannya, apa masalahnya, dan sebagainya. Saya dulu pernah dipanggil ketua audit negara. Saya beri taklimat apa yang berlaku.

"Dan sekarang, kalau saya diminta sebagai saksi, sama ada ditubuhkan suruhanjaya diraja, saya bersedia bila-bila masa memberi keterangan. Saya tak boleh sembunyikan sesuatu. Saya tahu perjalanannya macamana," katanya.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya 1MDB ini bermula dengan Badan Kuasa Pelaburan Terengganu (TIA), iaitu salah satu tabung kekayaan berdaulat yang bertujuan memberi pembangunan ekonomi kepada negeri Terengganu untuk jangka masa panjang dan melestarikan sosio-ekonomi rakyat negeri ini secara amnya.

Ia ditubuhkan pada 2008 dan kemudiannya bertukar taraf kepada koperasi perbadanan diberi nama 1MDB pada Januari 2009.

Najib ketika itu berkata keputusan untuk membesarkan peranan TIA kepada entiti persekutuan dibuat untuk menambah baik nilai keberhasilan jika dibandingkan dengan faedah dalam sesebuah negeri sahaja.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas janji Pakatan Harapan yang berikrar mahu menyelesaikan beberapa skandal utama negara, termasuk kes 1MDB.

Perkara itu termasuk dalam 10 aku janji yang akan dilakukan dalam masa 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan ke arah Malaysia baharu.

Sumber: Awani
-KakiShareKakiShare

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a