Header Ads

Netizen Kecam Video Sweet Fattzura,Ini Dia Respon Pedas Fattah Amin..


Semalam kecoh di media sosial apabila aksi pasangan popular, Fattah Amin dan Fazura yang terlebih ‘sweet’ itu.

Rata-rata netizen mengecam pasangan tersebut kerana aksi yang dipaparkan seperti tidak sesuai dengan bulan ramadan.Mungkin mendapat terlalu ramai yang mengecam, Fattah Amin memuat naik satu foto ‘pesanan imam Syafi’i di laman Instagram miliknya.

Aksi terlebih ‘sweet’ tersebut berlaku kerana pasangan tersebut telah lama tidak berjumpa namun mungkin disebabakan perlakuan tersebut di tempat awam maka ia kelihatan tidak manis untuk dipaparkan di khalayak ramai.




“Repost, pesanan Imam Syafi’i. Engkau takkan mampu menyenangkan hati semua orang. Kerana itu, cukup bagimu memperbaiki hubunganmu dengan ALLAH SWT dan jangan terlalu peduli dengan penilaian manusia,” kongsinya.

Bila jadi artis popular, memang segala benda yang dibuat memang akan diperhatikan.Agaknya ditujukan pada siapa ya pesanan tu? Mungkin tidak tahan asyik menjadi bahan kecaman orang ramai membuatkan Fattah bertindak sedemikian.Sementara itu, ruangan komen juga ditutup.


Sumber : Instagram Fattah Amin

No comments

Powered by Blogger.
a