Header Ads

'Ada Minta Saya ‘Bersunat’ Terlebih Dulu Kalau Mahu Berkawan Dengan Emma Maembong' - Alvin Chong.


Berkawan rapat dengan Emma Maembong, Alvin Chong kecewa apabila sesetengah peminat mendesak beliau untuk memeluk agama Islam. Jelasnya agama merupakan hak peribadi yang harus dihormati dan bukan dipaksa.


“Isu sering orang cakap pada saya adalah mengenai agama. Ramai bertanya, pintu hati saya tidak terbuka hatikah untuk memeluk Islam? Malah ada meminta saya ‘bersunat’ terlebih dulu kalau mahu berkawan dengan Emma Maembong”

“Saya ada ramai kenalan beragama Islam, malah pengurus saya sendiri seorang mualaf. Islam adalah agama indah tapi ia bukan masa saya lagi,” jelasnya kepada Harian Metro.

Betul apa yang Alvin katakan, agama sesuatu yang tidak boleh dipaksa. Doa sahajalah yang baik-baik semoga Alvin terbuka hati untuk memeluk agama Islam daripada memaksa. Kan nampak Islam tidak indah disitu.






Sumber : Harian Metro.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a