Header Ads

'Tima Cuma Nak Ayah Dan Mama Bangga Dengan Tima' - Emma Maembong Hadiahkan Kereta Mewah Buat Bapa.

Pengorbanan seorang bapa memang tidak boleh diukur dengan wang ringgit, tapi tidak salah rasanya jika seorang anak cuba menggembirakan hati bapanya dengan menghadiahkan sesuatu yang mahal.

Jika anda mengikuti Instagram pelakon Emma Maembong, pasti ramai tahu bahawa Emma sering kongsikan gambar mesra bersama bapanya. Ramai yang memuji dan tidak kurang juga ada yang cemburukan hubungan rapat mereka anak beranak.

Terbaru, Emma membuat kejutan istimewa buat bapanya, Ismail Embong, 70 tahun, dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah sempena hari jadi bapanya.

Menurut Emma lagi, hadiah tersebut adalah untuk membalas jasa bapanya yang menjaganya dengan baik sejak dari kecil lagi.

Menerusi posting di Instagram, Emma kongsikan detik istemewa itu dan memberitahu bagaimana dia mula bekerja sejak umur 15 tahun untuk membantu bapanya sebagai seorang pelukis.

“Dari kecik kawan-kawan mesti cerita “ ayah aku CEO”, “ayah aku kerja besar”, “ayah kau Emma cuma pelukis je. Boleh hidup ke? Kau pula tak sekolah macamana mana nak jaga ayah kau.

“Dari umur 15 dah mula berkerja untuk bantu ayoh. Belajar membaca sendiri, belajar erti hidup. Bila kita berjalan banyak benda perlu berlajar sendiri. Banyak cabaran dan dugaan tapi apa-apa pun yang jadi usaha paling penting,” tulis Emma.


A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on


Sumber : Astro Awani.
FACEBOOK KIM SKIN



https://www.youtube.com/watch?v=8yXZJ6tZwzw

No comments

Powered by Blogger.
a