'Duit RM300 pinjam haritu ada tak? Takkan 'bluetick' je bro?' - Lelaki Berang Rakan 'Liat' Bayar Hutang Tapi Boleh Pergi Travel Krabi
Masalah hutang sering diperkatakan apabila orang yang berhutang 'liat' untuk melunaskan semula hutang yang sudah dipinjam. Seakan terlupa atau sengaja melambat-lambatkan bayar semula hutang adalah sering menjadi tanda tanya terhadap orang yang menghidap 'penyakit' ini. Lebih teruk lagi, ada sesetengah yang memberi pinjam duit yang berasa sangat malu untuk meminta semula duit yang sudah dipinjamkan kepada seseorang itu. Dah terbalik pula sepatutnya, orang yang pandai pinjam, dia lah yang patut sedar dirinya berhutang. Ye tak ?
Seperti satu thread yang dimuat naik dan tular di laman sosial Twitter oleh pengguna @ahmdnazrafq menghadapi karenah rakannya yang 'liat' bayar hutang sehingga mencetuskan rasa geram ramai pihak apabila wujud sikap 'liat' bayar hutang. Bukan itu sahaja, si peminjam didakwa mampu untuk pergi travel ke luar negara sebelum melunaskan hutangnya.
Pengguna Twitter ini berasa sangat bengang dan musykil mengapa hutangnya masih tidak dibayar semula oleh rakannya itu sedangkan rakan tersebut pergi bersiar-siar jauh ke luar negara.
Pengguna Twitter ini memuat naik perbualan dengan si penghutang dan tular di laman sosial Twitter dengan 8 ribu Retweet |
Dah hutang, kena bayar. WAJIB bayar. Kalau tak mampu bayar, jangan berhutang ye.
Netizen rata-rata nya ramai yang pernah menghadapi situasi begini apabila sudah memberi pinjam, terpaksa 'mengemis' minta semula duit.
Last choice, viralkan conversation & gambar kat fb , then terus pm tepi
Housemate lama pernah kena. Last choice, viralkan conversation n gambar kat fb, tag. Terus pm tepi mintak remove post and bayar balik hutang. Ntah la. Tapi banyak jugak spesis yg jenis meminjam tak bayar, tapi melancong sana sini, makan sedap sentiasa tak nak kalah.— 🐸 (@waniaqqq) March 12, 2019
Lupa. Berbulan.
lupa. berbulan pic.twitter.com/Y01sQ6pjfK— Dayana (@ndhdayana) March 12, 2019
Rasa macam mengemis
Sometimes rasa macam mengemis pun ada 😩— جوهن (@JohanDaniyal) March 12, 2019
Sumber : Twitter Nazir
Post a Comment