Header Ads

Suhaimi Saad Persenda Vaksin Tidak ‘Kebal’, Tetap Terkena Kesan Gas Metana



Insiden pencemaran dari pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor cukup kritikal sekarang ini. Ramai yang menjadi mangsa tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa akibat terhidu gas beracun sehingga mengalami pengsan, sesak nafas, muntah, pening dan loya. Kandungan gas metana yang terlalu tinggi dalam udara juga boleh membawa maut.

Dikala rakyat Malaysia sedang bimbang dengan situasi darurat tersebut, Suhaimi Saad sekali lagi mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi menerusi status di laman Facebook akaun miliknya.

"Gas Metana? Vaksin bukanlah segala-galanya. Allah Maha Kuasa. Makhluk tak ada kuasa." kata Suhaimi Saad.




Umum mengetahui kebanyakkan mangsa pencemaran gas beracun itu adalah pelajar sekolah, kata Suhaimi, seolah-olah sudah terbukti bahawa suntikan vaksin tidak dapat mengurangkan penyebaran penyakit.

Kenyataan itu sekali lagi mengundang kecaman netizen, mereka tidak faham mengapa Suhaimi terus hendak mencetuskan provokasi kerana bahan kimia tiada kaitan langsung dengan suntikan vaksin.
Pada mereka, Suhaimi sangat tidak sensitif dengan perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden di Pasir Gudang. Tidak elok untuk mengeluarkan kata-kata mengarut seperti itu dikala ramai yang sedang bersedih.
Rata-rata netizen selar kenyataan status yang dimuat naik oleh Suhaimi Saad.




Kalau tiada perkara baik yang hendak diperkatakan, lebih baik diam. Sepatutnya dalam keadaan seperti ini, kita harus mendoakan keselamatan mereka yang terlibat dalam insiden tersebut.

No comments

Powered by Blogger.
a