Header Ads

"1MDB masuk sukatan pelajaran Sejarah pupuk sikap benci dan tidak kenang jasa pemimpin" - Pakar Tolak Cadangan Dr Maszlee

Mengikut kenyataan semalam, Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik mengemukakan cadangan beliau untuk memasukkan sukatan pelajaran Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah. 

Artikel berkaitan : Skandal 1MDB masuk sukatan pelajaran 'Sejarah' - Dr Maszlee

Namun, menurut Astro Awani, cadangan Dr Maszlee ditentang oleh Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.


Tidak mempunyai kepentingan sejarah



Prof Kok Seong berkata tiada kepentingan sejarah sekiranya Skandal 1MDB dimasukkan sebagai sukatan pelajaran. 


Pupuk sikap membenci dan tidak kenang jasa pemimpin 



Tambah lagi beliau menjelaskan kesan akan datang adalah ia hanya akan mengajar pelajar sekolah untuk membenci dan tidak mengenang jasa pemimpin negara.

“Walaupun sekiranya pemimpin kita itu didapati bersalah nanti, dia akan mendapat hukuman yang lain tidak perlu menghukum beliau dengan cara sebegini.


“Jasa beliau tetap ada kepada negara ini, jika kita selitkan 1MDB dalam buku teks sejarah ia hanya akan memperlihatkan keburukan seorang pemimpin, sikap dan syarat ini tidak betul untuk kita sampaikan kepada anak bangsa kita.“Ini bertentangan dengan hasrat Menteri Pendidikan yang menyatakan tahun depan di dalam perhimpunan sekolah nak adakan manual kesedaran sivik amalan nilai murni dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah,” .


Ada lagi perkara penting

Prof Kok Seong menegaskan ada lagi beberapa perkara perlu diambil kira termasuk kes tersebut kini sedang dibicarakan di mahkamah.

“Pertamanya, kes itu masih dibicarakan di mahkamah, ada konsep subjudis yang mana kita tidak boleh bicarakannya apatah lagi masukkan dalam sejarah dan belum selesai serta akan mengambil masa bertahun.

“Kedua, saya kira tiada signifikasi sejarah dalam perkembangan Malaysia, jika nak bincang pasal rasuah boleh dibuat di platform lain, bukan dalam buku teks sejarah dan tidak patut masukkan 1MDB sebagai sebahagian daripada kurikulum pendidikan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik di Parlimen pada Isnin yang menyebut bahawa isu 1MDB dan penyelewengan membabitkan ahli politik akan dimasukkan sebagai sukatan mata pelajaran Sejarah.


Sumber : Astro Awani 

No comments

Powered by Blogger.
a