Header Ads

"Penceraian itu menyakitkan kedua-dua pasangan"- Nourul Depp


Rentetan kes penceraian yang mengejutkan antara pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran turut mendapat perhatian dalam kalangan rakan artis.


Terbaru, Noorulhuda binti Abdul Wahab atau juga dikenali sebagai Nurul Wahab atau Nurul Depp merupakan seorang penyanyi, pengacara dan pelakon wanita, memberikan respon berbentuk ucapan selepas berita penceraian antara dua pelakon itu tersebar. Nurul membuat status di laman Instagramnya dan sempat tag rakannya iaitu Vanidah Imran.
Kehidupan beliau sebelum ini yang pernah digelar pasangan sejoli, Nurul dan Ajai namun akhirnya retak di tengah jalan, kini bangun kembali dan lebih positif.Pernah mengalami penceraian 12 tahun lalu, penyanyi Nourul Depp meluahkan rasa sedih terhadap rakan artis Vanidah Imran dan Rashidi Ishak berikutan berita penceraian mereka.
Status yang dimuat naik oleh artis Nourul Depp menerusi laman Instagramnya

Di instagram post Nourul hari ini, Nourul, 41 tahun :


“Cinta itu penghormatan

Cinta itu saling melengkapkan

Cinta itu persefahaman

Cinta itu membahagiakan

Cinta itu keyakinan

Cinta itu kekuatan . Cinta tidak pernah melupakan. Hanya kita yang melekakan. 

Jaga sementara ada. Baik pada wanita atau lelaki. Jangan sesekali ambik kesempatan bila kita tau bini kita sayang kita. Laki kita sayang kita. Kita lupa nak beri penghargaan yang sepatutnya pada pasangan kita .

Cinta bagaikan sepohon pokok yang indah. bila disemai, naik tunas, harus dibaja. Harus disiram setiap hari. bukan dibiarkan dia hidup sendiri walaupun ada di depan mata setiap hari. .

Macam mana dia nak naik rimbun kalau tidak disiram sebaiknya. .

Jika ada yang berpisah , samada kawan atau tidak, saya sering kecewa. Kerana dah pernah merasa. Bukan mudah. Baik buat lelaki atau wanita.

Namun perpisahan itu dibenarkan andai mendatangkan keburukkan kepada kedua pasangannya.

Kita jangan mencari pula siapa salah siapa benar apabila terdenger perpisahan. Bukan cerita kita. Itu kisah depa. Kita dengaq saja. Toksah ambik side. Toksah masuk dalam hidup depa. Depa lebih tau. Kita yang tahu, doakan sebaiknya.

Buat kak @vanidah_imran yang kami sayangi juga buat abang shidee, semoga Allah beri ketenangan. Tiada perkara yang berlaku tanpa sebabnya. Semoga kekal sihat dan maju keduanya. Love you both. 💖 .” tulisnya.


Nourul turut mengingatkan peminat yang lain, jangan sesekali menunding jari dan menyalahkan mana-mana pihak disebabkan perkahwinan yang tidak berhasil. Semalam pelakon Rashidi, 45, telah mengakui kebenaran tentang status perkahwinannya, selepas tujuh bulan cuba untuk berdiam diri.


Sementara itu, Nourul adalah merupakan isteri kepada seorang lelaki berbangsa French iaitu Eric Daniel Depp sebelum berkahwin dengan komposer dan penyanyi terkenal Mohd Faizal Maas a.k.a Ajai selama 10 tahun dan bercerai pada tahun 2007.

Sumber : Instagram Nuoruldepp

No comments

Powered by Blogger.
a